Mari kita lihat bagaimana dron diaplikasi dalam industri pertanian.


Dalam artikel yang lepas; Drone 101: Sejarah, Mekanik dan Aplikasi dalam Industri kita telah membincangkan tentang asal-usul dron, mekanisme dron dan aplikasi dron yang sangat meluas dalam industri.

Teatpi, kita sebenarnya hanya menyentuh permukaan sahaja, terutamanya tentang aplikasi dalam industri kerana masih banyak yang belum diterokai!

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan dengan mendalam tentang kegunaan dron teknologi dalam peringkat perindustrian.

Sekarang, dron telah digunapakai dalam pelbagai industri, terutamanua dalam bidang pertanian. Ini adalah disebabkan oleh keberkesanan dron dalam mengurangkan kos dan membuatkan aliran kerja lebih lancar dan efisien. Mari kita lihat bagaimana dron mengubah landskap industri pertanian.

Pemetaan

Image dari DroneDeploy

Pemetaan tidak dianggap sebagai satu langkah yang penting dalam penentuan hasil tuaian yang berjaya atau untuk penyusunan pokok dan tumbuhan. Tetapi sekarang langkah ini diambil berat,

Pemetaan pertanian sekarang digunakan untuk perancangan susunan pokok demi mencapai kapasiti optimum yang akan dapat mencapai kadar tuaian yang maksimum, memeriksa bentuk muka bumi dalam kawasan ladang dan juga analisis pasir/tanah.

Pemetaan juga sangat penting untuk memastikan tiada ruang tanah yang kosong dalam kawasan ladang yang luas. Selain itu juga, pemetaan juga sangat penting untuk pemerhatian saliran air, semburan racun serangga dan baja, dan juga proses tuaian.

Pembenihan

Kebelakangan ini, beberapa petani dan syarikat berasakan pertanian sudah mula menggunapakai dron untuk proses pembenihan pokok. Ini adalah disebabkan bahawa UAV boleh melengkapkan proses pembenihan dengan sempurna dalam cara penyebaran benih yang lebih seragam dan kadar pembenihan yang lebih tinggi.

Pemantaun tanaman

Pemantauan pokok-pokok secara berkala sepanjang proses pembesaran dan pertumbuhan berlaku adalah sangat penting untuk menentukan kesihatan pokok dan juga untuk mengenalpasti sebarang masalah seperti jangkitan, serangan serangga perosak atau kekurangan zat atau air dan lain-lain.

Mengenalpasti jangkitan atau masalah yang berlaku kepada tanaman amatlah penting kepada petani supaya mereka boleh menjalankan langkah pencegahan dan pembetulan untuk mengelakkan masalah tersebut daripada merebak dengan lebih meluas.

Proses in boleh dilakukan oleh drone dengan mengenalpasti spektrum cahaya yang diserap dan dipantulkan oleh daun tanaman. Teknik in dipanggil Normalised Difference Vegetation Index (NDVI).

Data NDVI ditangkap oleh kamera yang dimuatkan yang dapat mengumpul gelombang cahaya tampak, terutamanya cahaya dalam/dekat kepada kategori inframerah. Ini adalah bersandarkan kepada fakta di mana tumbuhan yang sihat akan menyerap gelombang cahaya tampak dan memantulkan cahaya inframerah.

Semakin sihat tanaman, semakin banyak cahaya inframerah dipantulkan.

Penyemburan

Penggunaan dron sebagai alat semburan sekarang sedikit demi sedikit telah menggantikan proses peracunan galas oleh pekerja secara manual. Populariti ini boleh disandarkan kepada keberkesanan yang terbukti dengan penyemburan menggunakan dron untuk ruang tanah yang luas.

Teknik peracunan konvensional kadang-kadang dianggap sebagai tidak efektif dan mahal dan juga berbahaya kepada pekerja. Keluasan tanah yang diracun melalui penggunaan tenaga buruh juga bergantung kepada saiz tenaga kerja.

Ini membuktikan bahawa proses peracunan secara manual adalah jauh lebih mahal dan tidak efisen berbanding dron. Proses peracunan secara manual yang lama akan menyebabkan isu-isu yang perlu diberi perhatian dengan segera akan bertambah buruk, sperti contoh, populasi makhluk perosak akan bertambah atau jangkitan tanaman akan merebak.

Tambahan pula, terdapat beberapa kebimbangan yang telah dibangkitkan tentang risiko kesihatan kepada pekerja yang terlibat dengan proses peracunan kerana pendedahan berpanjangan kepada bahan kimia yang berbahaya.

Pola-V15 merupakan sebuah dron yang direkabentuk sendiri oleh Poladrone yang boleh melakukan penyemburan 60 ekar sehari. Pola-V15 telah menbantu ramai peladang dan petani persendirian dan juga syarikat pertanian untuk meningkat hasil tuaian dan seterusnya, keuntungan.

Pola V-15 dalam kerja-kerja penyemburan.

Kami di Poladrone sentiasa komited dalam menyediakan penyelesaian perindustrian yang efektif, cekap dan berpatutan dengan membawa masuk drone. Kami adalah pakar dalam menyerap dron untuk kegunaan industri yang berat, bukan hanya dalam sektor pertanian, tetapi juga dalam industri lain seperti sektor pembinaan, minyak dan gas dan banyak lagi.

Berminat dengan operasi dan servis kami? Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.poladrone.com/

Kesimpulan

Secara amnya, teknolgi dron semakin lama semakin menjadi inovatif dan maju setiap hari. Adalah tidak mustahil suatu hari nanti, tugas atau kerja-kerja yang memerlukan tenaga buruh boleh digantikan dengan sistem automatik hasil integrasi bersama dron.