Adakah anda tahu apakah sumbangan dron kepada pembangunan sivil dan ekonomi kepada Malaysia? Mari kita tengok apakah aplikasi dron yang terbaharu di Malaysia.

Pada hari ini, kita menyambut hari ulang tahun penubuhan Malaysia yang ke-56. Sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan dan beroperasi di Malaysia, Poladrone sentiasa berharap agar Malaysia kekal makmur dan terus maju.

Oleh sebab itu, Poladrone sentiasa memberikan yang terbaik untuk membantu beberapa sektor-sektor ekonomi negara dan pembangunan sivil untuk menyumbang kepada pembangunan teknologi negara.

Bersempena dengan Hari Malaysia yang ke 56, mari kita lihat sumbangan teknologi dron dalam usaha penambahbaikan kepentingan awam di negara ini.

Pembangunan Awam

Pemantauan

Dalam memastikan keselamatan awam kekal terjamin, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menggunakan dron sejak tahun 2015 lagi. Penggunaaan UAV telah diakui keberkesanannya dalam panguatkuasaan undang-undang serta dalam memastikan keamanan awam.

Pemantauan dron dijalankan melalui tangkapan video langsung (live video) yang diperoleh melalui dron dipaparkan secara terus kepada bilik kawalan supaya anggota keselamatan boleh memantau kawasan-kawasan cenderung jenayah dan boleh mengambil langkah-langkah yang perlu apabila suatu insiden berlaku.

Pengurusan Bencana

Angkatan Pertahanan Awam juga telah mengangkat dron sebagai salah satu alat untuk melancarkan lagi operasi mereka. Baru-baru ini, dron telah digunapakai untuk memantau kebakaran tanah gambut di Miri, Sarawak.

Pihak Bomba dan Penyelamat juga telah mengambil inisiatif teknologi drone to mengawal kebakaran huran di Pahang yang pada masa itu dikhuatiri akan merisikokan nyawa penduduk setempat.

Pihak bomba juga mengambil dron untuk memerhatikan kawasan-kawasan panas yang mempunyai kecenderungan untuk terbakar dan seterusnya mengakibatkan fenomena jerebu.

Pihak Bomba Negeri Johor juga telah meletakkan dron sebagai satu alatan bagi misi menyelamat. “Pencarian secara manual mungkin lambat dan apabila menggunakan teknologi baharu ini, ia ternyata banyak membantu pegawai bomba terutama dalam operasi menyelamat”, kata Pengarah Bomba Johor.

Perhutanan dan Pemeliharaan Alam

Forest News

Tidak hanya terhad kepada pertahanan awan dan penguatkuasaan undang-undang, pelbagai agnsi kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perhutanan dan pemeliharaan alam sekitar juga mengadaptasi dron dalam aliran kerja mereka. 

Pejabat perhutanan di negeri-negeri seperti Pahang dan Sarawak yang terkenal dengan kekayaan alam flora dan fauna serta negeri Terengganu dan Sabah yang mempunyai kecantikan lautan yang luas telah menggunapakai dron untuk mengawal kawasan-kawasan dibawah tanggungjawab mereka.

Ini adalah keberikutan bahawa pengunaan dron boleh memastikan keselamatan anggota jabatan-jabatan tersebut seperti renjer yang boleh memantau sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan tanpa perlu meninggalkan kawasan yang selamat.

Pertahanan Negara

ScanEagle UAV (Drone Center)

Angkatan Tentera Malaysia juga sedang menambahkan unit UAV ke dalam persenjataan mereka dan pada masa yang sama mengambil langkah yang sesuai untuk mengambil mekanisma pertahanan UAV.

Dalam suatu sidang media baru-baru ini, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia berkata bahawa “ATM setuju dan mengakui kepentingan teknologi UAV pada masa sekarang dan masa hadapan sebagai salah satu strategi peperangan, di samping dapat meningkatkan keupayaan ATM bagi memantau sempadan daratan dan maritim negara.”.

Tambahan lagi, ATM juga sedang menjangkakan penerimaan 12 unit ScanEagle UAV dari pihak kerajaan Amerika Syarikat dalam usaha mereka untuk menambahbaikkan kapasiti ketenteraan seketu-sekutu AS di rantau Asia Pasifik.

Sektor Ekonomi

Pertanian

Jika anda mengikuti blog kami di Poladrone, boleh dikatakan bahawa anda akan sedia maklum tentang pengenala drone yang meluas dalam industri pertanina.

Paltform UAV telah banyak membantu petani-petani dalam banyak cara dan secara langsung menyumbang kepada pengurangan kos, masa dan peningkatan ketepatan dalam pengenalpastian masalah.

Selain daripada analisis, pemetaan, penyemburan dan pemantaun kesihatan tanaman, semakin banyak pengunaan-pengunaan dron lain sedang dibangunkan dalam sektor pertanian.

Ini adalah disebabkan oleh pelbagai kes dimana petani yang telah menggunakan dron sebagai sebahagian daripada proses penanaman mereka dapat melihat keberkesanan yang jelas dan seterusnya menjadi yakin kepada idea dimana dron akan dapat menjalankan proses pertanian secara automatik sepenuhnya pada masa hadapan.

Pola-V15S yang dibangunkan sendiri oleh Poladrone adalah satu contoh yang bagus untuk dron yang sedang digunakan secara meluas di ladang-ladang di seluruh negara.

Poladrone’s PV-15S

Pembinaan

Di Malaysia juga, dron telah lama diasimilasikan dalam aliran kerja dan operasi kerja-kerja pembinaan. Terdapat beberapa syarikat pembinaan yang terkemuka tang sedang menggunakan dron sebagai salah satu alat untuk memantau perkembangan pembinaan, stok barangan dan operasi penyelenggaraan.

Kementerian Sumber Manusia juga telah mencadangkan pengunaan dron untuk mengurangkan risiko yang membabitkan buruh kasar pembinaan selepas kejadian tanah runtuh di Bukit Runtuh.

Salah satu syarikat pembinaan lebuh raya terkemuka negara, ANIH Berhad juga telah menubuhkan satu pasukan juruterbang dron. Penubuhan ini adalah berikutan kejadian tanah runtuh pada tahun 2015.

Menurut laporan itu juga, drone sedang digunakan untuk memantau pergerakan tanah yang berisiko, aliran trafik, pencerobohan jalan raya dan banyak lagi.

Tenaga dan Utiliti

Pengunaan drone untuk tujuan pemantauan dalam sektor tenaga pada masa ini telah diangkat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Inisiatif ini telah diambil oleh TNB sejak tahun 2015 untuk menggantikan pengunaan helikopter untuk tujuan pemeriksaan.

Bukan dalam sektor pembekalan tenaga sahaja, operasi pemeriksaan yang sama juga telah digunapakai dalam sektor telekomunikasi. Dron akan memeriksa menara komunikasi yang biasanya memerlukan pekerja untuk memanjat menara tersebut yang biasanya berisiko tinggi.

Pelancongan dan Industri Kreatif

Dalam bidang perlancongan, adalah sangat penting untuk pihak-pihak yang terlibat untuk menonjol dalam dan luar talian dalam usaha mempromosikan negara kota. Untuk itu, hotel, resort serta badan pengurusan tempat tarikan utama untuk menghasikan bahan-bahan pemasaran yang menarik seperti foto dan video.

Dron daripada DJI sekarang datang dengan keupayaan untuk menangkap video bekualiti 4K. Dan dron yang mempunyai keupayaan untuk merakam video berkualiti tinggi sudah semestinya akan datang dengan keupayaan untuk menangkap gambar yang berkualiti.

Fungsi-fungsi ini sudah semestinya akan menjadi suatu aset yang sangat penting kepada pemain-pemain industri kreatif tanah air yang akan memberikan mereka lebih ruang untuk menjadi lebih kreatif.

Industri Minyak dan Gas

Industri minyak dan gas adalah salah satu penyumbang utama ekonomi negara. Malaysia mempunyai bilangan besar stesen penapisan dan pusat galian minyak yang sudah pastinya akan memerlukan pemeriksaan dan pemantauan berkala.

Operasi pemeriksaan dan pengawasan ini biasanya akan memerlukan tenaga manusia yang banyak dan sering kali akan mengakibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi.
Sama seperti aplikasi dron dalam industri tenaga dan utiliti, dron akan digunakan untuk memeriksa loji minyak mentah, platform cari gali dan pemantauan bagi pembinaan fasiliti pemprosesan baharu.

Imej kredit: Sky Futures